Salam...juz nak berkongsi info yang farah dapat dari sumber2 tertentu... Hari ni, tanggal 13 disember 2012, akan berlaku satu Fenomena alam iaitu Fenomena hujan Meteor yang boleh disaksikan di seluruh dunia.. **tapi tak sure pulak malaysia akan nampak tak fenomena ni...
Fenomena ni dinamakan " Geminid Meteor Shower ". Fenomena ini akan bermula pada petang hari ini dan berterusan sehingga subuh pagi esok.. Sumber earthsky menyatakan bahawa kebiasaannya, hujan meteor ni akan bergiat aktif selepas tengah malam dan akan menghasilkan jumlah meteor yang banyak dalam tempoh waktu beberapa jam bermula sekitar jam 2 pagi.. **kenyataan benar, tak kisah la kat mana korang berada di muka bumi ni... kemungkinan sebanyak 50 meteor setiap jam di atas langit yang gelap boleh disaksikan...
Sumber cosmostv.org menyatakan bahawa keadaan terbaik untuk menyaksikan fenomena ini adalah, kita berada lebih kurang 40km jauh daripada bandaraya yang dipenuhi cahaya. Selepas matahari tenggelam, hadap pada arah timur dan pandang pada separa langit manakala pada tengah malam pulak, lihat langit di atas kepala... mean dongak ke atas la..hoho.. selepas tengah malam pulak, if nak tengok lebih banyak meteor, halakan pandangan pada arah langit barat...
p/s : btw, farah hanya berkongsi info yang farah dapat...kalau korang try, tapi tak nampak, mungkin ada sebab2 tertentu yang menyebabkan kita tak nampak..Kalau info ni salah, maafkan farah ey..haha..tapi tak salah mencuba kan...??
**peace**
0 pandangan sahabat:
Post a Comment